Menjawab fitnah pembangkang kononnya saudara Fazzrudin
mempunyai 4 buah kereta mewah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Hakikatnya, hanya dua buah kenderaan milik keluarga beliau di Kuching digunakan
hingga ke hari ini.
Berikut adalah fakta daripada rakan terdekat beliau
berkenaan kenderaan milik Fazzrudin yang digembar-gemburkan sebagai orang
terlalu mewah
BMW 320i – kegunaan Isteri selaku pengurus stesen minyak.
Toyota Harrier – kegunaan Fazzrudin sendiri sebagai
setiausaha politik Datuk Fadillah
Mitsubishi Airtrek – kereta terpakai dibeli pada harga rm50k
(sudah dijual kepada kawan)
Ssyanyong Stavic - kereta
terpakai dibeli pada harga rm38k
Mitsubishi Airtrek & SsangYong Stavic - Kereta mewah? |
Secara logiknya, ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan
kerjaya Fazrudin serta syarikat milik isteri beliau sudah pasti mampu untuk
memiliki lebih daripada apa yang sedang digunakan mereka.
Malah, peniaga gerai biasa di restoran juga mampu memiliki
sebuah MPV mewah Vellfire yang bernilai rm300 ribu ke atas.
Syukur, tidak ada pemimpin BN yang gagal dalam pergaulan
masyarakat serta gagal mentadbir hal ehwal kewangan sendiri dicalonkan sebagai
wakil rakyat. Sudah pastinya wakil rakyat yang dipilih adalah kalangan yang
berjaya, bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar serta tidak beremosi.
Sudah lumrah politik, ada-ada sahaja yang boleh dijadikan
modal untuk memburukkan calon yang bertanding.
No comments:
Post a Comment