Thursday, April 7, 2016

4 buah kereta mewah? Periksa semula fitnah terhadap Fazzrudin

Menjawab fitnah pembangkang kononnya saudara Fazzrudin mempunyai 4 buah kereta mewah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya, hanya dua buah kenderaan milik keluarga beliau di Kuching digunakan hingga ke hari ini.

Berikut adalah fakta daripada rakan terdekat beliau berkenaan kenderaan milik Fazzrudin yang digembar-gemburkan sebagai orang terlalu mewah

BMW 320i – kegunaan Isteri selaku pengurus stesen minyak.
Toyota Harrier – kegunaan Fazzrudin sendiri sebagai setiausaha politik Datuk Fadillah
Mitsubishi Airtrek – kereta terpakai dibeli pada harga rm50k (sudah dijual kepada kawan)
Ssyanyong Stavic -  kereta terpakai dibeli pada harga rm38k

Mitsubishi Airtrek & SsangYong Stavic - Kereta mewah? 


Secara logiknya, ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan kerjaya Fazrudin serta syarikat milik isteri beliau sudah pasti mampu untuk memiliki lebih daripada apa yang sedang digunakan mereka.
Malah, peniaga gerai biasa di restoran juga mampu memiliki sebuah MPV mewah Vellfire yang bernilai rm300 ribu ke atas.

Syukur, tidak ada pemimpin BN yang gagal dalam pergaulan masyarakat serta gagal mentadbir hal ehwal kewangan sendiri dicalonkan sebagai wakil rakyat. Sudah pastinya wakil rakyat yang dipilih adalah kalangan yang berjaya, bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar serta tidak beremosi.


Sudah lumrah politik, ada-ada sahaja yang boleh dijadikan modal untuk memburukkan calon yang bertanding. 

Wednesday, March 30, 2016

20 Dalil fitnah ke atas calon BN PBB Tupong.

Kempen Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-11 sudah semakin hampir. Ketika ini, ramai pengiat politik mula memasang strategi dan berkempen mengikut saluran jentera parti masing-masing.

Ada yang berkempen secara berhemah, tidak kurang juga yang berkerjaya dengan mengambil upah sebagai 'blogger pembunuh' dengan cara menjatuhkan kredibiliti atau mengaibkan calon parti yang bertanding.

Ia dikenali sebagai mainan politik persepsi. Bertujuan menimbulkan keraguan dan membuatkan orang lain benci kepada calon bertanding. Fakta dan auta tidak diambil kira. Yang penting, karektor calon dimusnahkan dengan apa cara sekalipun..

Antara yang menjadi sasaran pada kali ini ialah Calon DUN N6 Tupong, Encik Fazzrudin Hj Abdul Rahman. Satu blog anonymous mirip Sebanaku.blogspot telah dibuat. Menggunakan platform wordpress, dikarang khas sebagai bahan untuk tujuan kempen PRN Sarawak bulan April nanti. Facebooker akan melambung artikel yang telah dikarang.

Antara kandungan dalam dakwaan penulis blog tersebut,

1. Beliau dikenali oleh masyarakat di DUN Tupong sebagai seseorang yang mempunyai masalah sikap seperti sombong, berlagak dan tidak mesra kepada rakyat. Beliau dilihat hanya bergaul dengan golongan ‘Elite’ di dalam BN sahaja.
Jawapan :  Kehebatan manusia yang sebenar ialah apabila difitnah, beliau tidak melatah malah terus bekerja dengan amanah dan bertanggungjawab. Jika dilihat pada facebook beliau  anda akan tahu pembohongan pada dakwaan di atas. Bacalah interaksi di antara masyarakat dengan beliau. Di mana kebenaran fakta yang dibuat blogger tersebut?

Sila rujuk di https://www.facebook.com/fazzrudin.rahman?fref=ts,

_______________________________

2. Beliau dikenali oleh masyarakat di DUN Tupong sebagai seseorang yang mempunyai masalah sikap seperti sombong, berlagak dan tidak mesra kepada rakyat. Beliau dilihat hanya bergaul dengan golongan ‘Elite’ di dalam BN sahaja.
Jawapan :  Persepsi liar. Fazzrudin mempunyai testimoni yang sangat baik daripada masyarakat setempat hasil berkhidmat sejak dari 2003 lagi. Money can't buy respect. You have to earn it. Sila rujuk facebook beliau, tidak ada sepatah pun perkataan mencarut di dalamnya. Akhlak juga dinilai daripada pertuturan dan juga pertutuan dalam perkataan. Baik pertuturannya, maka baiklah akhlaknya.

_______________________________

3. Janji-janji beliau kepada masyarakat di DUN Tupong selalu tidak ditunaikan dan aduan rakyat di kawasan DUN Tupong semakin hari semakin meningkat; dan kebanyakan masalah di kawasan DUN Tupong tidak di selesaikan. Sepatutnya, beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Fadillah seharusnya membantu Fadillah untuk menjaga dan menyelesaikan segala permasalahan di kawasan DUN Tupong. Sebagai contoh, akar umbi PBB Tupong sendiri pernah mengadu permasalahan rakyat di kawasan mereka kepada Fazzrudin. Akan tetapi, walaupun Fazzrudin pernah berjanji kepada mereka untuk menyelesaikan masalah di kawasan; malangnya beliau tidak pernah menunaikan janji. .

Jawapan  :  Hello, mr perfect! Maaf cakap, blogger terlalu ghairah menuduh sampai terlupa yang Saudara Fazzrudin hanyalah seorang setiausaha politik kepada Datuk Hj Fadilah Yusof. Beliau bukan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri. Rasionalnya isu-isu berkaitan permasalahan rakyat dipertanggungjawabkan kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih. Di mana logiknya Fazzrudin berjanji seperti wakil rakyat? Beliau hanya seorang setiausaha politik?

_______________________________

4. Beliau juga mempunyai sikap yang tidak mengambil peduli tentang permasalahan rakyat kerana rakyat di sekitar kampung Tupong Jaya pernah mengadu kepada pihak berwajib tentang masalah di Jalan Merdeka; iaitu ramai pengguna jalan raya tersebut mengalami kemalangan kerana jalan tidak rata, tidak mempunyai bonggol dan garisan kuning. Yang menghairankan, rumah Fazzrudin terletak di lorong Astana 6, Jalan Astana, Tupong Jaya yang dilihat sangat dekat dengan lokasi jalan yang bermasalah; dan mengapa beliau, selaku Setiausaha Politik kepada Fadillah tidak membantu rakyat kampung Tupong Jaya untuk menyelesaikan masalah jalan yang sangat bahaya kepada pengguna jalan raya?.Tidak mungkin beliau tidak tahu mengenai permasalahan yang berlaku terletak sangat dekat dengan rumah beliau; dan Jalan Merdeka pula merupakan salah satu jalan utama rakyat hendak ke pusat Bandar Kuching.

Jawapan  :  Masalah jalanraya berbonggol, tidak rata, berlubang dan sebagainya di bawah tanggungjawab siapa? Majlis Perbandaran, wakil rakyat atau setiausaha politik? Dan seperkara lagi, tugas wakil rakyat memaklumkan kepada majlis perbandaran untuk tindakan lanjut. Saudara Fazzrudin pula sering membantu dalam membuat tindakan susulan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dipersekitaran beliau setakat yang termampu.

Gambar kiri : Fitnah kononnya Jalan dibiarkan berbatu. Gambar dikecilkan dengan sengaja.
Gambar kanan : Keadaan sebenar, jalan rosak oleh kerja-kerja penggalian kabel.
Difahamkan jalan tersebut sudah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Pawadan untuk tindakan lanjut

_______________________________

5. Ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Sulit kepada Fadillah; beliau pernah di kenakan waran tangkap di atas kesalahan trafik pada tahun 2010 dan kes beliau hanya selesai pada 13 Januari 2011. Bagaimana beliau mahu menjadi calon sedangkan beliau pernah mempunyai kes mahkamah sebelum ini?

Jawapan  :  Soalan pertama, jika anda mempunyai kenderaan yang didaftarkan atas nama anda tetapi dipandu oleh pemandu yang lain kemudian didapati terlibat atas kesalahan traffik atau saman ekor, siapa yang akan dicari pihak berkuasa? Kedua, jika anda mempunyai kesalahan serius bagaimana mahkamah boleh melepaskan tanpa mensabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah?

_______________________________
6. Mengikut sumber maklumat dari pengkalan data JPJ, beliau mempunyai 4 kereta mewah iaitu kereta BMW 320i (pakai nama isteri beliau), Toyota Harrier, SsangYong Stavic dan Mitsubishi Airtrek. Persoalannya sekarang, bagaimana beliau mampu dapat membeli kereta mewah dengan sebegitu banyak sekali sedangkan beliau hanya menjawat jawatan Setiausaha Politik.
 Jawapan  :  Mengikut maklumat terbaru, cuma dua kenderaan sahaja untuk kegunaan saudara Fazzrudin sekeluarga - BMW320i (hakmilik isteri) dan Toyota Harrier di Kuching.

Mitsubishi Airtrek & SsangYong Stavic - Kereta mewah? 
Kereta Ssangyong Stavic buatan China dan Mitsubishi Airtrek sudahpun dijual sebelum membeli kereta yang lebih baik. Seperkara lagi, bagaimana kedua kenderaan tersebut dikategorikan sebagai kenderaan mewah? Lihatlah harga pasarannya...

_______________________________
7. Beliau juga berminat di dalam segala bidang perniagaan. Sebagai contoh, mengikut sumber dalaman PBB; beliau dan isteri beliau mempunyai Stesen Minyak Petronas Taman Hui Sing di tengah-tengah bandar Kuching. Dan difahamkan, stesen minyak ini di dimiliki dan dijaga oleh isteri beliau, Norazlin Sapawi. Persoalannya sekarang, Bagaimana Fazzrudin dan Isteri beliau mempunyai modal yang besar untuk membuka stesen minyak di tengah-tengah bandar Kuching dengan keluasan tanah yang agak luas; sedangkan Fazzrudin hanya bekerja sebagai Setiausaha Politik?. Adakah Fazzrudin dan Isteri beliau menabung sejak dari kecil untuk mendapat modal yang besar untuk membuka stesen minyak sendiri?. Kebiasaannya, untuk membuka stesen minyak di tengah-tengah bandar Kuching memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 1 juta.

Jawapan  :  Itu sahaja yang terlintas di kepala otak blogger tersebut? Menabung sejak kecil? Untuk makluman, Stesen minyak Petronas Taman Hui Sing tiada kena mengena dengan jawatan Fazzrudin sekarang. Ia asalnya adalah milik bapa mertua beliau, Hj Sepawi yang kemudiannya diserahkan kepada anak perempuan beliau yang juga isteri Fazzrudin sebelum mereka berkahwin lagi. Jadi bagaimana sumber dalaman yang tiada hujung pangkal boleh digunakan untuk memfitnah beliau?

_________________________________

8. Taraf pendidikan beliau juga dipertikaikan. Mengikut sumber dalaman PBB, Fazzrudin sebenarnya hanya memiliki sijil diploma dan bagaimana beliau boleh menjadi calon di DUN Tupong sedangkan beliau mempunyai taraf pendidikan yang agak rendah?. Ini kerana kerusi DUN Tupong merupakan kerusi bandar yang mempunyai ramai pengundi terpelajar dan cerdik pandai.

Jawapan  :  Taraf pendidikan bukan penentu ukur layak atau tidak seseorang untuk menjadi seorang pemimpin. Karektor utama pemimpin yang baik ialah bertanggungjawab, adil, amanah dan yang paling penting tidak korup hanya mengutamakan kroni.

Akhlak orang yang berpendidikan tinggi dalam politik Malaysia. 

Berapa ramai orang yang berpendidikan tinggi yang korup dan khianat terhadap amanah yang diberikan?

Berapa ramai yang mempunyai taraf pendidikan tinggi sesuai dengan karier dalam bidang berkaitan? Sebagai contoh, apa kaitan ijazah sains algriculture Tian Chua dalam politik? Apa kaitan Ijazah perubatan Dr Mahathir dan Wan Azizah untuk bidang ekonomi? Apa kaitan Ijazah Sastera Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan?

Apakah orang yang berkelulusan Diploma mempunyai akhlak yang lebih rendah daripada mereka yang berkelulusan lebih tinggi?

Hanya orang yang angkuh, riak dan takbur sahaja memandang taraf pendidikan sebagai hak untuk menjadi pemimpin serta memandang hina orang yang kurang daripada mereka. Mereka yang berfikiran seperti ini sudah tentu tidak layak untuk menjadi pemimpin.


9. Beliau mempunyai masalah sikap iaitu tidak suka mengangkat telefon apabila masyarakat di DUN Tupong menagih janji beliau kepada mereka dan lebih teruk lagi, beliau terus menutup telefon beliau untuk mengelak daripada terus dihubungi oleh masyarakat di DUN Tupong. Sebagai contoh, Fazzrudin pernah berjanji kepada AJK Surau di sekitar kawasan DUN Tupong untuk memberi derma kepada Surau. Tetapi, malangnya selepas AJK Surau cuba menghubungi beliau untuk menagih janji; beliau langsung tidak mengangkat telefon dan selepas itu, beliau terus menutup telefon beliau untuk mengelak panggilan daripada AJK Surau.

Jawapan  :  Tuduhan liar blogger. Sangat janggal seorang yang bukan wakil rakyat dikatakan berjanji untuk memberi derma kepada surau.  Bukankah setiap permohonan untuk sebarang bentuk sumbangan haruslah melalui saluran yang disediakan di pusat khidmat parlimen atau pejabat ADUN? Apa kuasa beliau untuk menguruskan sumbangan derma kepada pihak Surau? Lebih teruk, pada bila-bila waktu yang disukai? AJK Surau ghaib siblogger?

_________________________________

10. Mengikut sumber dalaman kakitangan Fadillah, selepas program Fadillah selesai; pernah berlaku insiden bahawa Fazzrudin pernah tidak membayar pembekal katerer makanan. Dan ini bukan sahaja memalukan Fadillah, tetapi ia juga memalukan PBB.

Jawapan  :  Mengikut sumber persepsi buruk blogger.. Secara logiknya, apa-apa caj perkhidmatan yang dibuat dalam satu program diselesaikan mengikut persetujuan yang telah dibuat. Dakwaan 'tidak pernah membayar' adalah tidak masuk akal kerana tiada sesiapapun yang sebegitu dungu tidak menuntut bayaran serta memilih untuk berdiam diri sehingga sekarang.

_________________________________

11. Beliau juga dilihat tidak menghormati pemimpin dan sering dilihat cuba mendahului pemimpin yang lain kerana ketika program Daud, beliau sering merasmikan program Daud. Sepatutnya, hanya pemimpin yang lebih senior daripada beliau seperti Dr. Zaiedi dan Fadillah sahaja yang harus merasmikan program Daud. Disebabkan tindakan kurang ajar beliau ini, ramai AJK Cawangan Tupong berasa tidak berpuas hati dengan beliau.

Jawapan  :  Mengikut sumber persepsi buruk blogger.. Pandangan yang menunjukkan peribadi penulis tersebut yang penuh kata fitnah dan hasad dengki. Sila rujuk mana-mana AJK program jika ada yang menyatakan Fazzrudin mendahului pemimpin PBB dalam sebarang acara atau program anjuran mereka.

_________________________________

12. Beliau cuba mendapat pengaruh di kawasan DUN Tupong dengan cuba merasuah pemuda-pemuda PBB dengan menjanjikan projek-projek; dan mana-mana ketua-ketua ranting PBB yang masih tetap berdegil tidak menyokong beliau; beliau akan sabotaj permohonan bantuan mereka daripada agensi-agensi kerajaan pusat dengan menyalahgunakan kapasiti beliau sebagai setiausaha politik kepada menteri di kerajaan pusat.

Jawapan  : Tuduhan liar cara pembangkang politik Malaysia. Beliau tidak memegang projek, tidak pernah menjanjikan apa-apa projek kronisme, tidak mengamalkan politik rasuah, jauh sekali mensabotaj permohonan bantuan. Seorang setiausaha politik tidak mempunyai kapasiti mega seperti yang diwayangkan orang lain.

_____________________________
13. Mengikut sumber dalaman PBB Cawangan Tupong, dianggarkan lebih kurang 60 peratus ketua-ketua ranting PBB Tupong dan lebih kurang 50 peratus pemuda-pemuda ranting PBB Tupong tidak menyokong Fazzrudin.

Jawapan  : Mengikut sumber yang dipercayai pula daripada PBB Cawangan Tupong, dianggarkan lebih 80% ketua-ketua ranting PBB Tupong dan lebih 80% pemuda-pemuda ranting PBB Tupong yang menyokong Fazzrudin. Malah terdapat usaha segelintir yang mencalonkan nama sendiri kepada ketua-ketua ranting malangnya usaha tersebut dipertikaikan oleh ketua-ketua ranting PBB.

_____________________________

14. Mengikut sumber dalaman ranting PBB Tupong, semua projek-projek kerajaan pusat di kawasan DUN Tupong perlu melalui dan mendapat kelulusan daripada Fazzrudin dan Edwin, Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong. Ini kerana, difahamkan mereka berdua menjaga hal ehwal projek di DUN Tupong.
Jawapan  : Tuduhan mengikut sumber semata-mata. Apakah projek-projek kerajaan pusat yang di DUN Tupong ditentukan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan dan Timbalannya selain ADUN dan Ahli Parlimen? Lihatlah persekitaran di DUN Tupong, projek apakah yang dimaksudkan?

____________________________

15. Memandangkan Bustari mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Adenan dan Jamilah; Fazzrudin menggunakan Bustari untuk melobi Adenan dan Jamilah untuk menjadi calon di DUN Tupong. Ini kerana difahamkan, Bustari adalah salah seorang ‘the main political funder’ kepada politik Adenan dan duit ‘shopping’ Jamilah pun pernah di taja oleh Bustari. Dan mengikut sumber dalaman kenalan rapat Adenan, rumah Jamilah di Putrajaya dan Perth, Australia juga dihadiahkan oleh Bustari. Dan ini menyebabkan Adenan dan Jamilah terhutang budi kepada Bustari dan menyebabkan Bustari dapat mengawal Adenan dan Jamilah. Selain daripada itu, ramai orang Sarawak tahu bahawa Jamilah adalah seperti ‘Rosmah Sarawak’ dan sudah pasti Adenan akan mendengar segala kata-kata Jamilah.

Jawapan  : Persepsi blogger - dakwaan yang tiada kena mengena dengan Fazzrudin

_____________________________

16. Pada tahun ini, Fazzrudin sudah berumur 41 tahun dan beliau bukan lagi dikategorikan sebagai golongan belia atau anak muda. Ini kerana mengikut tafsiran belia di Malaysia (Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan), seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun sahaja ditafsirkan sebagai belia di Malaysia. Dan pada Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang, majoriti pengundi di Sarawak adalah merupakan daripada golongan belia atau anak muda.
Jawapan  : Menandakan beliau sudah cukup matang dan tidak terlalu muda untuk menjadi seorang pemimpin yang rasional bagi golongan senior bersandarkan harapan.



________________________________

17. Difahamkan juga Fazzrudin merupakan orang kuat di dalam gerakan Armada Pemuda PBB dan baju rasmi Armada Pemuda PBB berwarna Merah. Mengapa Fazzrudin perlu memakai baju berwarna merah di dalam program Armada Pemuda PBB?; sedangkan baju rasmi BN PBB adalah berwarna biru. Baju berwarna merah kebiasaannya dipakai oleh UMNO.
Jawapan  : Persoalan yang bersifat kebudak-budakan. Apakah kena mengena warna baju dengan pendirian parti? Apakah DAP yang menggunakan baju merah bagi kempen Ubah DAP juga pro-umno?

Baju Merah = Pro UMNO?

________________________________

18. Ketika Sarawak menghadapi banjir baru-baru ini, Fazzrudin telah turun ke kawasan banjir di DUN Tupong untuk mendapatkan publisiti murahan dengan menunjuk-nunjuk yang beliau seorang yang prihatin kepada rakyat di kawasan. Ini kerana di dalam Media Sosial BN ada menunjukkan gambar beliau sedang mendokong warga emas. Tetapi, yang agak menghairankan; air banjir amatlah cetek. Selain daripada itu, Fazzrudin juga dilihat memakai topi BN berwarna merah dan warna merah kebiasaannya dipakai oleh UMNO; dan topi rasmi BN PBB adalah berwarna biru. Adakah Fazzrudin cuba mempromosikan UMNO di Sarawak?.
 Jawapan  : Pada tahun lepas, ketika Sarawak menhadapi musim tengkujuh, banyak kawasan sekitar DUN Tupong terjejas teruk oleh banjir. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Matang, Malihah dan kampung-kampung di sepanjang pinggir sungai Sarawak. Fazzrudin telah mengambil inisiatif yang baik dengan melibatkan diri dengan kerja-kerja pemindahan serta membantu mangsa yang tidak mampu bergerak sendiri.


Sekalipun kelihatan mudah, untuk turun padang sebagai pemuda PBB dan bukannya wakil rakyat merupakan satu sifat yang terpuji. Ramai ahli-ahli DUN pembangkang di kawasan mereka yang terjejas oleh banjir tidak kelihatan pada hari bencana. Fazzrudin sebaliknya, turun padang bersekang mata hingga ke lewat malam menghadapi pelbagai kerenah mangsa yang tidak bernasib baik. Malah beliau turut serta terlibat menyumbang tenaga membersihkan kawasan yang terjejas selepas banjir surut pada hari-hari berikutnya.



Apakah kaitan warna topi dengan UMNO?  Apakah wujud isu warna pada pengunaan topi berlogo BN untuk berkhidmat kepada masyarakat?

________________________________

19. Sebelum ini, Fazzrudin cuba melobi untuk mendapat sokongan kuat untuk menjadi calon di DUN Tupong daripada pemimpin-pemimpin UMNO seperti Hishammudin, Khairy, Ahmad Maslan dan Puad Zarkashi di kerajaan pusat. Dan mengapa beliau perlu menagih sokongan daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang pro Najib, sedangkan UMNO tidak wujud di Sarawak?.
 Jawapan  : Apakah rasionalnya dakwaan ini? Jika diperhatikan, Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak mempunyai akar kroni untuk dipengaruhi beliau. Di mana logiknya menagih sokongan pemimpin UMNO, sedangkan Fazzrudin telah dipilihkan oleh Tan Sri Adenan sendiri tanpa campurtangan oleh sesiapa. Hubungan dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin, Menteri Belia Dan Sukan, Khairi Jamaluddin , Menteri Kewangan ke2, Datuk Ahmad Maslan adalah kerjasama dalam sejajar dengan perlembagaan parti bagi memastikan agenda nasional dapat dicapai melalui Barisan Nasional.

Tidak ada istilah dalam Barisan Nasional pro-Najib ataupun anti-Najib. Bagi mereka yang tidak faham perlembagaan negara, kita mempunyai struktur dalam kerajaan kabinet di mana Datuk Seri Najib adalah pemimpin tertinggi dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri. Parti PBB adalah komponen dalam Barisan Nasional jadi di mana isunya?

Apakah kaitan kerjasama dalam Barisan Nasional dengan kewujudan UMNO di Sarawak?

_________________________________

20. Pada 23 Januari 2016, di dalam ucapan Fazzrudin ketika ‘Program Malam Pendekar’ di Dewan Hikmah; Fazzrudin telah membodek Adenan dengan mengatakan bahawa beliau dan Rumpun Seni Silat Sarawak akan sentiasa berada di hadapan Adenan. Sedangkan, ramai orang di dalam PBB tahu bahawa sebelum Adenan menjadi Ketua Menteri Sarawak; Fazzrudin memang tidak pernah menyokong Adenan. Dan mengikut sumber dalaman PBB, sebelum Adenan menjadi Ketua Menteri Sarawak; Fazzrudin pernah mengatakan bahawa jawatan Presiden PBB yang dipegang oleh Adenan sekarang boleh dicabar oleh sesiapa pun. Sebenar-benarnya, adakah Fazzrudin cuba mengatakan bahawa beliau akan sentiasa berada di hadapan Adenan atau sentiasa berada di belakang Adenan untuk di tikam belakang?. Sudah jelas lidah Fazzrudin adalah lidah yang bercabang.
Jawapan  : Hanya Ketua Menteri, Tan Sri Adenan sahaja yang layak menyatakan mengapa beliau lebih mempercayai Fazzrudin sehingga beliau dijadikan calon bagi kawasan DUN Tupong yang sebelum ini disandang oleh Datuk Daud Abd Rahman lagi.

Adalah kewajipan setiap ahli menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin teratas parti, lebih-lebih lagi terhadap orang yang meletakkan kepercayaan terhadap beliau. Menurut kenyataan blogger tersebut, spekulasi bersandarkan 'menurut orang dalaman' adalah satu mainan persepsi yang terbit hasil kerosakan akhlak dan dipenuhi sifat hasad dengki yang teramat sangat.

____________________________

Untuk renungan bersama.


عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا ( رواه البخاري ومسلم

(. Terjemahan Hadis Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).